THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

About Me

My photo
shall you not be trusted,shall not be bestowed my belief to you as you betrayed to my conscience that i gave to you.

Friday, December 18, 2009

akan ku singkapkan sebuah kisah tentang 2 insan yang bercinta...
yang kelamaan tertubuhlah sebuah masjid yang gah
hasil ikatan sah 2 cinta yang suci lagi luhur...
itulah ibu dan ayahku...

selepas 12 tahun mahligai cinta dilewati..
satu tangisan suci memecah hening pagi yang damai...
lahirlah jiwa yang suci lagi tidak berdosa..itulah kakakku..
seraya itu..masa terus berlalu..hingga lahirnya aku sbgai anak kelima..

mereka membelai kami bagai menatang minyak yang penuh..
tiada diskriminasi antara 1 sma lain..
ckup indah tiap belai yang hinggap di pipiku...
tidak terlupa memori itu hingga kini...

indah nya cinta mereka pada kami..
kelu lidah tidak terucap kata..
tidak mampu dilawan walau harta tinggi menggunung..
hanya syukur pada Ilahi ku panjatkan..

kini..masa yang berputar umpama roda..
tidak ku sedari masa telah berlalu..
cukup pantas bak percikan api yang kerdil...
sudah dewasa anak-anak Aziah dan Zaki

ya Allah...ku panjatkan sebuah doa..
doa yang kuharap iringi ibu dan ayahku tiap masa..
supaya selamat dunia akhirat...
berkat doa anak-anak yang soleh dan solehah...

andai kata mereka pergi sebelum ku..
air mata pasti membasahi pipi..
tapi apa dayaku..telah ditakdir di Loh Mahfuz..
perginya mereka dijemput Izrail..

ibu.....ayah...
walau 1 dunia ku serah padamu..
mustahil mampu membenanm jasamu..
mewangikan dunia ku 24/7..

Terima kasih ibu dan ayah...








1 comments:

Ahmad Syukri Bin Ahmad said...

bley tahan jiwang gak k0~

ahahaha!